1.0
PENGENALAN
Kemiskinan merupakan masalah yang serius terutama di
kawasan luar bandar samada di Semenanjung ataupun Sabah dan Serawak.Di
kawasan-kawasan luar bandar ini juga sering berlaku pelbagai masalah seperti
keciciran dalam pendidikan,ekonomi,maklumat malah infrastruktur.Keadaan
geografi penempatan di luar bandar juga menyebabkan berlakunya jurang perbezaan
antara kawasan luar bandar dan bandar.(ARKIB UTUSAN,2013),sekitar dua pertiga
bumi Malaysia masuk di bawah kategori kawasan luar bandar dan rata-ratanya
kurang atau belum diterokai dengan aktiviti ekonomi mapan untuk manfaat
penduduk setempat,ketika era 1960-an hingga ke penghujung 1990-an melihat
penghijrahan besar-besaran penduduk luar bandar ke kawasan bandar dan pekan
untuk mencari kerja makan gaji ,namun tidak semua penduduk luar bandar membuat
pilihan itu dan ada antara mereka kini bergelar usahawan desa yang berjaya
dalam pelbagai sektor.
Berdasarkan faktor di atas, pihak kerajaan telah
menubuhkan beberapa organisasi serta badan berkanun, bagi membantu dan memberi
segala kemudahan dan bantuan agar pendududuk di luar bandar ini dapat setaraf
dengan masyarakat bandar.Terdapat banyak organisasi yang terlibat untuk menaik
taraf kehidupan masyarakat luar bandar ini.Ianya bertujuan agar mereka dapat
mengecapi nikmat kehidupan yang selesa dan sempurna walaupun hidup di dalam
kemiskinan dan kemunduran tanpa mengira kaum.Antara insentif pihak kerajaan
dalam membangunkan kawasan luar bandar adalah melalui bidang keusahawanan luar
bandar ataupun industri kecil sederhana luar bandar.Bidang keusahawanan telah
lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya dan telah menjadi keutamaan dalam
pelbagai dasar kerajaan. Pengiktirafan dan penekanan serius pihak kerajaan
terhadap program pendidikan dan latihan keusahawanan adalah selepas tahun 1995
iaitu sejajar dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU) yang
bertujuan membangunkan minat keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah,
universiti dan masyarakat keseluruhan (Bukryman et al., 2008).Secara ringkas,
usahawan boleh didefinisikan sebagai mana-mana individu yang terlibat sebagai
majikan dan pengusaha sendiri (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009).
Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11(meliputi
tahun 2010 hingga 2020), kerajaan telah menetapkan matlamat untuk menggalakkan
generasi baru menceburi bidang keusahawanan selain membangunkan organisasi
sedia ada supaya terlibat dalam pasaran global (Amran et al., 2010). (Bernama,
3 Julai 2009) beberapa langkah yang sedang giat dilaksanakan kerajaan ialah
menambah dan mengembangkan lagi peranan dan keupayaan institusi latihan
keusahawanan, memperkasakan sektor koperasi dan menyediakan bantuan kepada
sektor Industri Kecil Sederhana (IKS) bagi bagi mempertingkatkan sumbangannya
kepada ekonomi ke tahap 40% menjelang 2015.
Industri Kecil Sederhana atau singkatan IKS
merupakan industri yang banyak
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara ini. Sumbangan bukan sahaja dari
pengeluaran produk atau perkhidmatan tetapi telah dapat memberi pekerjaan
kepada banyak orang khususnya komuniti di luar bandar tersebut.Proses
mewujud dan memperkasakan sebuah aktiviti perniagaan bukan suatu proses yang
mudah kerana para usahawan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan
seperti masalah kekurangan modal, persaingan, teknologi, pengurusan,
komunikasi, perubahan permintaan dan keadaan ekonomi yang tidak menentu
(Norasmah, 2002; Norhashim, 1994; Zaidatol & Habibah, 1997; Sieh, 1990;
Timmons, 1985; Hess, 1987; Ken, 1990).
2.0
IKS
LUAR BANDAR
Apakah yang dimaksudkan dengan Industri Kecil
Sederhana?.Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-empat,Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan
perkhidmatan perkilangan dengan pusing ganti jualan tahunannya yang tidak
melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150
orang.IKS merupakan satu bidang ekonomi yang penting negara.Ianya mewakili
99.2% daripada jumlah keseluruhan perniagaan yang diwujudkan di negara ini.IKS
juga telah membuka peluang pekerjaan sebanyak 5.6% dan menyumbang kira-kira 32%
dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Disebabkan peranan dan sumbangan yang
banyak dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada ekonomi negara,
maka pihak kerajaan telah menjadikan pembangunan IKS sebagai satu agenda utama
negara yang mana sektor IKS ini merupakan sumber penting kearah mengubah model
ekonomi.Negara kita ini di dalam proses untuk menghadapi ekonomi baru yang
berpendapatan tinggi.Oleh itu,keusahawanan boleh diiktirafkan sebagai pemangkin
dalam mengubah dan meningkatkan taraf hidup terutamanya golongan masyarakat
luar bandar.Oleh itu wujudnya
IKS adalah melalui keusahawanan yang dimiliki olehh individu-individu itu
sendiri.Bagi memastikan keberkesanannya, penyertaan komuniti dalam bidang
keusahawanan adalah perlu tanpa mengira peringkat umur , terutamanya dalam
projek-projek pembangunan di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, tahap
penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan adalah masih rendah.Dewasa ini
sektor IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.Oleh itu
pelbagai inisentif dan langkah-langkah diambil oleh pihak kerjaan mahupun
swasta bagi membantu usahawan IKS ini.
2.1 TAHAP
PEMBANGUNAN IKS LUAR BANDAR
Sejarah pembangunan ekonomi dapat dilihat melalui beberapa
dasar yang dilakukan oleh pihak kerajaan salah satunya ialah melalui Dasar
Ekonomi Baharu.Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia merancang
untuk menaikkan taraf kehidupan dan ekonomi rakyatnya. Di peringkat penggubalan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971, Malaysia telah mengenalpasti bahawa faktor
ketiadaan sumber dana dan kemahiran serta tiada pendedahan dan juga peluang
untuk menguruskan perniagaan menyebabkan bilangan usahawan kaum bumiputera amat
rendah berbanding dengan kaum-kaum minoriti lain di Malaysia (Malaysia, 2002
dan Norfadzillah, 1994). Pada masa pengubalan
DEB, kaum bumiputera juga didapati tidak mampu mengendalikan perniagaan dan
perdagangan kerana tidak dilatih dan dibimbing untuk berbuat demikian (Business
Times, 1990).
Sehubungan dengan itu semenjak pengenalan DEB,
Malaysia telah merangka pelbagai tindakan,pelan pembangunan,program,latihan dan
melaksanakan pelbagai strategi bagi meningkatkan bilangan usahawan bumiputera
yang berjaya. Agensi-agensi seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi (MECD), Institut Standard dan Penyelidikan Malaysia (SIRIM), Pusat
Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Institut Penyelidikan dan Pembangunan
Pertanian Malaysia (MARDI) dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(SMIDEC) ditubuhkan bagi melaksanakan pelbagai program termasuk program latihan
untuk meningkatkan bilangan usahawan bumiputera yang berjaya. Pelbagai dana
kewangan yang khusus bagi membantu usahawan bumiputera untuk memulakan atau
mengembangkan perniagaan mereka seperti Tabung Usahawan Baru, Tabung Industri
Kecil dan Sederhana; dan Modal Usaha Niaga juga diwujudkan (Moha Asri, 1997).
Bagi membolehkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang
lebih penting di masa akan datang, IKS memerlukan pendedahan dan pengetahuan
yang lebih luas terhadap isu-isu perdagangan antarabangsa seperti
PDK,ANTIGA,AFTA,AHTN,ACFTA,MPCEPA,MJEPA,WTO,globalsasi dan pelbagai lagi.
Selain daripada itu, pembangunan kemahiran dan
teknikal termasuk pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat untuk membolehkan
IKS lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa, seperti program peningkatan
kemahiran yang dijalankan oleh SMIDEC. Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) merupakan agensi kerajaan
utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan IKS.Selain menawarkan
khidmat nasihat berkaitan dengan pembangunan industri, agensi ini menyediakan
program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS.
Pelbagai dana telah diperkenalkan untuk membantu IKS
yang baru dan ingin berkembang.Oleh yang demikian, Bank Pembangunan (sekarang
ini Bank SME) ditubuhkan di Malaysia untuk memberi kemudahan pinjaman kepada
pengusaha- pengusaha Bumiputera untuk memajukan perusahaan dan mengembangkan
perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, dengan krisis kewangan yang telah
melanda negara pada tahun 1997, peranan bank telah diperluaskan untuk membiayai
projek-projek infrastruktur bagi tujuan membantu kerajaan memulihkan ekonomi
negara dengan kadar yang segera. Tidak dapat dinafikan peranan perusahaan kecil
dan mikro amat penting bagi pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contoh,
pertumbuhan ekonomi Amerika dipengaruhi oleh aktiviti perniagaan kecil. Pada
kebiasaannya imej syarikat kecil dibayangkan berdasarkan kepada syarikat
marginal (Hosmer, et al,1993).
Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat iaitu
pada purata 8.4% setahun dalam tempoh masa 1989-1994 ternyata tidak akan
tercapai tanpa sumbangan dan sokongan besar IKS, terutamanya perusahaan kecil.
Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai
wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian yang
maju. Malah perusahaan kecil boleh dijadikan sebagai asas ataupun tulang
belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan
ekonomi negara dalam menuju ke arah wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju.Kawasan
pembangunan IKS yang luas dalam
lingkungan kawasan luar bandar berpotensi tinggi untuk dibangunkan dengan
pelbagai sektor perniagaan dan aktiviti ekonomi. Contohnya, kawasan luar bandar
di pesisiran pantai, pulau-pulau atau di tepian sungai amat berpotensi untuk
dibangunkan dalam sektor pelancongan desa dan pengeluaran produk makanan serta
minuman.Negara ini juga mempunyai kepelbagaian dan kekayaan flora serta fauna
yang masih kekal dan tidak diceroboh,malah terdapat kawasan yang telah
dirizabkan sebagai kawasan hutan simpan seperti Taman Negara Bako,Taman Negara
Endau-Rompin,Taman Negara Gunung Mulu,Lembah Danum,Taman Negara Similajau,Taman
Negara Royal Belum dan pelbagai lagi.Terdadapt juga pulau-pulau yang indah dan
menjadi kawasan tumpuan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.Ini
merupakan satu potensi yang amat besar bagi usahawan luar bandar bagi
mengeluarkan dan menyediakan perkhidmatan mereka.Sebagai contohnya di kawasan
Pulau Tioma,Pulau Perhentian dan pelbagai lagi yang mana ekonomi penduduk di
kawasan ini dijana oleh kegiatan IKS.
Pada 2012 sahaja, lebih kurang 10 juta pelancong asing telah datang ke
Malaysia dan menyumbang lebih RM22 bilion kepada pendapatan negara. Rekod
kemasukan pelancong ke homestay pada 2012 adalah seramai 307,762 orang,
menyumbang RM17,448,500.30 kepada pendapatan pendapatan homestay, iaitu
peningkatan 10.4 peratus berbanding 2011.Di samping itu, negara kita juga
merupakan antara pengeluar makanan utama dunia. Dianggarkan jualan runcit
global bagi produk-produk makanan ketika ini dalam lingkungan AS$3.5 trilion
(RM11.07 trilion) dan dijangka berkembang pada kadar tahunan 4.8 peratus
setahun kepada AS$6.4 trilion (RM20.25 trilion) menjelang 2020. Pada 2010,
eksport produk makanan Malaysia ke lebih 200 buah negara bernilai RM18.2
bilion.Maka, wajar bagi para usahawan khususnya di luar bandar mengambil kesempatan
pasaran besar ini.Melalui agensi-agensi kerajaan, IKS berdaya maju dan
menyumbang kepada pembangunan negara.IKS memerlukan perlaksanaan pengurusan
yang lebih tersusun berbanding dengan firma besar.Hal ini memandangkan IKS
memiliki sumber tabungan modal dan sumber pekerja yang terhad dan yang secara
jauh lebih kecil berbanding dengan firma besar bertaraf multinasional.Dalam
hubungan ini, IKS bukan sahaja memerlukan pengurusan, tetapi perlaksanaan
sistem pengurusan yang berkualiti tinggi bagi membolehkan usahawan desa berdaya
saing . Usahawan IKS perlu mengenalpasti keutamaan-keutamaan dari segi
pengagihan sumber kepada aspek operasi dan kewangan yang lebih memerlukan dan
merancang langkah kerja yang lebih efektif supaya lebih diberi perhatian bagi
perancangan masa depan supaya mereka tidak mengalami kerugian dalam perusahaan ataupun
perniagaan mereka.
2.2 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN IKS TERHADAP EKONOMI NEGARA
IKS berfungsi bagi membantu asas pembangunan industri negara. Ini bertujuan mengelak
pergantungan daripada sensitiviti dan jatuh bangun ekonomi global. IKS perlu
dimajukan secara berterusan dan menyeluruh terutama dalam perhubungan ekonomi
jangka masa panjang.IKS merupakan satu bentuk ekonomi yang bersifat domestik
dalam menjana ekonomi Malaysia. Peranan dan sumbangan IKS ini menjadi semakin
penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah
negara perindustrian dalam pelbagai aspek. Malah IKS boleh dijadikan sebagai
asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan
pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Satu pelan perusahaan atau Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh 2010 hingga 2020 akan dirangka dan
dimasukkan sebagai sebahagian daripada Model Ekonomi Baru (MEB).IKS telah
memberi sumbangan dalam beberapa bidang seperti jumlah pertubuhan, jumlah
pekerjaan, nilai keluaran dan jumlah tabungan dalam negara. IKS membuka
banyak peluang pekerjaan dan pelbagai lagi. Selain itu perusahaan IKS telah membantu
dalam melahirkan dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat
baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam
meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.Antara sumbangan IKS terhadap
ekonomi negara adalah seperti berikut:
Pertumbuhan
Sektor Pembuatan dan Peranan IKS
Pertumbuhan pesat ekonomi negara sejak 1970-an telah
membuka ruang yang luas kepada pertumbuhan aktiviti dalam sektor perkilangan.
Pada tahun 1970-an, sumbangan sektor ini kepada KDNK ialah 13.4% sahaja.. Pada
tahun 1994, sektor perkilangan berjaya menyumbang sebanyak 31.4% dari
keseluruhan nilai KDNK. Pertumbuhan pesat sektor perkilangan memperlihatkan
kepentingan dan peranan IKS yang kian ketara. Penglibatan IKS dalam pelbagai
jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang belakang kepada
pertumbuhan sektor perkilangan amnya.Pengilang kecil kebiasaanya terdiri
daripada pertubuhan yang mempunyai pekerja sepenuh masa kurang dari 50 orang.
Pengilang yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa di antara 50 hingga 199
selalu digolongkan sebagai industri bersaiz sederhana. Sementara itu, pengilang
yang menggunakan tenaga pekerjaan sepenuh masa 200 dan ke atas dikenali sebagai
industri bersaiz besar.
Membuka
Peluang Pekerjaan
IKS juga menjana pekerjaan kepada golongan masyarakat luar bandar
khusunya. Hal ini demikian memandangkan IKS mampu menggunakan tenaga buruh
secara berkesan dalam teknik pengeluaran mereka berbanding dengan firma-firma
besar. Ini secara terus dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam
beberapa fungsi pengeluaran dalam operasi IKS.Data dalam bancian perindustrian
perkilangan dalam tahun 1991 menunjukkan bahawa modal tetap untuk seorang
tenaga pekerja meningkat mengikut saiz firma terutamanya kepada firma yang
memiliki 100 orang pekerja dan ke atas.Dianggarkan bahawa jumlah kapital untuk
setiap orang pekerja bagi IKS mempunyai lebih kurang 14 hingga 50% lebih rendah
berbanding dengan industri bersaiz besar. Keseluruhannya, dalam semua bancian
dan penyelidikan yang telah dijalankan di dapati bahawa semakin besar saiz
sesebuah industri, semakin tinggi penggunaan kapital atau modal.Apabila IKS
menggunakan jumlah kapital yang jauh lebih rendah berbanding dengan firma
besar, jumlah dan bilangan pekerja secara langsung lebih ramai bagi setiap
ringgit yang dilaburkan. Kelebihan dalam kaedah pengeluaran ini ialah mereka
dapat mengurangkan atau mengoptimumkan kos pengeluaran dan seterusnya bersaing
dengan firma-firma lain di pasaran terbuka.Hal ini memberi peluang kepada
usahawan IKS untuk berdaya saing secara sihat dalam perniagaan mereka.
Tabungan
dalam Ekonomi dan Pengagihan Pendapatan
Kegiatan IKS baik secara langsung mahupun tidak langsung dapat membantu
meningkatkan jumlah tabungan dalam ekonomi negara. Dalam kebanyakan operasi
industri kecil, sejumlah besar sumber kewangan dan modal datangnya daripada
pemilik sendiri.Kajian menunjukkan bahawa lebih 70% daripada sumber kewangan
dalam IKS berpunca daripada pemilik atau pengusaha masing-masing.Hal ini
demikian jelas membayangkan bahawa IKS menjadi sumber utama kepada jumlah
tabungan dan simpanan negara. Sekiranya jumlah modal dan sumber kewangan
tersebut tidak dilaburkan dan digunakan dalam IKS, berkemungkinan besar ia akan
digunakan untuk perbelanjaan keperluan yang lain. Justeru itu, penubuhan dan
kegiatan industri kecil dari segi ekonomi menggalakkan kadar simpanan dan tabung
ekonomi. Ini boleh meningkatkan keseluruhan kadar simpanan penduduk dalam
negara dan mengurangkan masalah kenaikan kadar inflasi. Selain itu,
sumber-sumber bahan mentah yang digunakan oleh IKS seperti mesin, peralatan,
pejabat dan bangunan juga membantu ke arah meningkatkan tabung simpanan negara.
IKS, dalam konteks ini juga, boleh mengurangkan kadar pembaziran yang
berlebihan.
Latihan
kepada Pekerja
IKS juga berperanan sebagai tempat latihan dalam pelbagai kemahiran
untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha.Hal ini kerana sebahagian besar
pengusaha dan pekerja dalam IKS mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Tahap
pendidikan yang rendah ini jelas jika dibandingkan dengan para pengurus dan
pekerja di dalam firma besar dan syarikat antarabangsa yang lain.Majoriti hanya
memiliki kelulusan peringkat Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran
Malaysia ataupun memiliki pengalaman bekerja sahaja. Dengan adanya taraf
kelulusan yang ada pada mereka, sukar sekali bagi mereka mendapatkan gaji yang
tinggi dan lumayan sebagai pengurus, pentadbir, akauntan, jurutera dan
lain-lain di sektor awam mahupun swasta. Dengan taraf kelulusan formal yang
rendah juga amat sukar bagi mereka mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan
dalam firma besar dan syarikat antarabangsa. Bagaimanapun, pengusaha dan
pekerja seperti ini dapat berkecimpung dalam IKS.Justeru itu, melalui
penyertaan dalam IKS, mereka bukan sahaja mendapat latihan, tetapi juga dapat
meningkatkan pengalaman latihan dan kemahiran tersebut. Latihan dan kemahiran yang
diperolehi dalam IKS juga tidak terhad kepada satu-satu bidang operasi malahan
ianya meluas dalam kepelbagaian perusahaan yang ada di negara ini.
.
Memperkukuhkan
Asas Industri Negara&Hubungjalin dengan Firma Besar
Pembangunan
ekonomi yang pesat sejak 1970-an hingga ke hari ini, telah banyak menghubung
dan menggabungkan ekonomi negara ini dengan keadaan, perubahan dan aktiviti
ekonomi antarabangsa.Hasilnya, struktur pembangunan industri di Malaysia lebih
berbentuk pergantungan dan penyesuaian pengeluaran barangan untuk pasaran
eksport. Struktur asas pembangunan industri seperti ini ialah pergantungan
kepada firma asing dan syarikat antarabangsa. Struktur pembangunan industri
sedemikian juga berkembang tanpa mempertingkatkan kemampuan firma tempatan.
Sebahagian besar kaedah pengeluaran yang diamalkan adalah secara besar-besaran
berunsurkan intensif barangan import dan intensif kapital yang dimonopoli oleh
syarikat gergasi antarabangsa. Malah keputusan pelaburan semula keuntungan
banyak bergantung kepada pertimbangan ekonomi semasa yang berorientasikan
keuntungan dan memaksimakan pulangan yang tinggi.Antara kebaikan hubungjalin
ini adalah dari segi meringankan beban kapital, kos pengurusan, pengangkutan
mahupun pemasaran.
IKS juga perlu membuat jaringan perniagaan yang meluas
merangkumi jaringan dengan sektor swasta dan sektor awam. Kedua-dua sektor ini
adalah pelengkap kepada industri IKS. Tanpa kerjasama dari dua sektor ini, IKS
tidak mampu berkembang maju dan berdaya saing .Hal ini demikian adalah
penting kerana negara kita memerlukan kepelbagaian dalam sektor industri bagi
merancakkan lagi ekonomi.Selain itu, IKS dengan kaedah pengunaan intensif
tenaga buruh yang pelbagai ianya dapat mengeluarkan barangan yang tidak dapat
dihasilkan oleh syarikat dan firma besar. Pembuatan barangan makanan, pakaian
dan alatan perabot daripada industri kecil sekurang-kurangnya dapat memenuhi
kepuasan cita rasa pengguna dalam negeri dan negara.Dengan itu melalui Dasar
Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji
Abdul Razak dapat memacu ekonomi rakyat dengan lebih tinggi. Dengan cara ini
juga menggalakkan peniaga menjalankan perniagaan yang lebih kreatif, inovatif
dan bernilai tinggi. Dengan cara alternatif ini pelaburan mereka akan mendapat
pulangan yang berlipat kali ganda.Kadar pembangunan ekonomi negara semakin
pesat, pertumbuhan sektor perkilangan yang meyakinkan dan wawasan negara ke
arah negara perindustrian 2020, ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS
yang lebih besar dan bermakna.Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi
semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai
sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang
belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan
ekonomi negara selepas 2020.
Secara umumnya, IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam
meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing,
mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahirkan dan
meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja di peringkat pekerja mahupun
pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan
teknologi asing dan juga menjana pendapatan negara selaras dengan matlamat
wawasan 2020.
2.3 HALANGAN
DAN CABARAN IKS LUAR BANDAR
Industri
Kecil Sederhana atau singkatannya IKS adalah salah satu cabang industri yang
banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara ini.Sumbanganya bukan
sahaja dari segi pengeluaran produk atau perkhidmatan,malah ianya telah membuka
banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat di kawasan luar Bandar.IKS mepunyai
pelbagai maksud di negara-negara lain,akan tetapi di negara ini IKS adalah
merupakan mereka yang berniaga secara kecil-kecilan atau sederhana,beroperasi
dari premis yang disewakan oleh kerjaaan atau bangunan sendiri cera
kecil-kecilan.IKS juga tidak lari dari permasalahan yang wujud dalam merancah
arus pembangunan ekonomi negara ini.Terdapat juga permasalahan yang wujud dari
segi pemasaran produk,tempat berniaga,karenah birokrasi dan pelbagai lagi.Tidak
dapat dinafikan bahawa ada IKS yang mendapat manfaat dari bantuan pihak
kerajaan,akan tetapi IKS tidak seharusnya leka dan terlalu bergantung kepada
pameran produk di kios-kios sahaja.Seharusnya produk-produk mereka ini
dipasarkan untuk kegunaan harian masyarakat.Produk IKS yang banyaknya untuk
kegunaan harian perlu dipasarkan melalui oulet ataupun kios yang besar ataupun
di pasaraya besar seperti di Aeon Jusco,Mydin,Tesco dan pelbagai tempat
lagi.Selain itu juga,produk IKS sering kali tidak dipedulikan ataupun dianak
tirikan di pasaraya besar.Produk mereka tidak dipromosikan dengan betul dan ini
menyukarkan untuk dijual di pasaraya besar.
Usahawan
IKS juga menghadapi masalah untuk meyakinkan orang ramai dengan kualiti dan
keberkesanan produk mereka.Oleh itu mereka perlu mencuba mempromosikan produk
mereka di kawasan-kawasan yang berpontesi contohnya seperti di pasar
malam.Pasar malam dianjurkan acap kali pada setiap malam dan mempunyai
pelanggan.Pasar malam adalah tempat yang sesuai untuk mencuba sesuatu produk
IKS.Usahawan IKS juga bergelut dengan masalah produk ciptaan mereka.Usahawan
IKS yang mencipta produk makanan yang tidak didapati ataupun dilakukan di
mana-mana institusi penyelidikan,mereka perlu mempertimbangkan untuk cuba
mengkomersilkan produk mereka di pasar raya besar dan tempat-tempat tumpuan
ramai.Hal ini kerana pengguna lebih mengutamakan keselamatan yang disahkan oleh
badan ataupun agensi-agensi yang terbabit yang berkaitan.Oleh itu adalah lebih
baik mendedahkan produk mereka di peringkat akar umbi dahulu iaitu di kawasan
pasar malam.
Usahawan
IKS juga mengalami masalah birokrasi daripada pelbagai pihak.Setiap kali
pameran dianjurkan,banyak produk IKS akan dipamerkan dan diberi publisiti
besar-besaran,begitu juga lawatan ke kios,kilang pembutan produk mereka akan
dibuat.Mereka dipuji sahaja akan tetapi produk mereka akan menjadi buah mulut
pada ketika itu sahaja dan selepas itu produk mereka tidak akan dibeli.Banyak
pihak dan agensi kerjaan mahupun swasta boleh membantu IKS tetapi ini kurang
dan tidak dilakukan sepenuhnya hingga ke peringkat akar umbi.Jika boleh,agensi
kerajaan perlu membuka ruang ataupun menyediakan ruang berniaga secara percuma
untuk usahawan IKS menjual produk mereka dahulu untuk tempoh yang
tertentu..Usahawan IKS masih dilihat kurang menonjol ataupun tidak bersifat
keterbukaan.hal ini mungkin disebabkan banyak cabaran dan kekangan dalam
melahirkan komuniti usahawan yang berdaya saing dan mampu mentransformasikan
perniagaan mereka kepada perusahaan yang lebih besar.Isu ini sememangnya
menjadi lumrah dalam sektor keusahawanan di peringkat IKS.Antara
kekangan-kekangan yang membelenggu golongan usahawan adalah :
Ø
Taraf pendidikan yang rendah
Ø
Kurang pendedahan terhadap
perniagaan di peringkat global
Ø
Kekurangan modal
Disamping
itu juga,pihak kerajaan yang diwakili oleh kementerian tertentu juga mengenal
pasti beberapa faktor dan masalah yang menyumbang kepada dilema usahawan luar bandar.Antaranya
ialah kualiti produk yang masih rendah,pasaran yang terhad,produk yang
dihasilkan tidak memenuhi kehendak pasaran,sukar mendapat pengiktirafan dari
pihak yang bertanggunjawab seperti SIRIM,GMP,HACCP dan HALAL,lokasi premis yang
tidak strategik,kekurangan bilangan pegawai pemantau untuk bimbingan
usahawan,lokasi dan pola kehidupan masyarakat luar bandar dan kurang komitmen golongan
sasar untuk menjadi usahawan.Dalam merancanakan sebuah negara maju,IKS juga
terpaksa berhempas pulas untuk terus berdiri dalam persaingan globalisasi.Pihak
IKS terpaksa membekalkan ataupun menyediakan kualiti produk yang tinggi serta
keupayaan bekalan yang berterusan apabila mereka berurusan dengan syarikat
gergasi multinasional.Hal ini adalah satu cabaran kepada pihak IKS untuk
memenuhi keperluan tersebut.Usahawn IKS juga perlu memahami penggunaan
teknologi dengan betul kerana zaman sekarang adalah zaman teknologi moden.
Faktor terlalu bergantung pada bantuan kerajaan juga adalah merupakan aspek
yang perlu diubah oleh usahawan IKS bagi membolehkan IKS bersaing di pasaran
global.Menurut Gaedeke dan Tootelian (1991),penyebab utama yang mendorong
kepada kegagalan firma adalah faktor ekonomi,kekurangan pengalaman dalam
jualan,pelanggan,modal,perbelanjaan tinggi,pengabaian perniagaan,bencana dan
penipuan.
2.4 SISTEM
SOKONGAN IKS LUAR BANDAR
Dalam usaha untuk meingkatkan lagi daya saing dan
kemampuan IKS untuk bersaing dengan industri-industri yang lebih besar,maka IKS
perlulah mempunyai jaringan sosial yang kuat dan diterima oleh masyarakat.IKS
juga boleh mengapliksikan teknologi maklumat dalam perniagaan mereka bagi
memudahkan urusan dengan pelbagai pihak.Oleh itu pihak kerajaan telah
melaksanakn beberapa program seperti “kampung tanpa wayar”.Malahan juga pihak
swasta seperti syarikat komunikasi telah meluaskan pemancaran isyarat seperti
jaringan Maxis di pendalaman untuk kemudahan masyarakat setempat.Melihat kepada
kemajuan negara-negara maju seperti
Eropah,Jepun,Amerika syarikat dan banyak lagi negara,mereka menggunakan
jaringan medium multimedia ataupun teknologi maklumat untuk memasarkan produk
mereka ke serata dunia.
Dengan penggunaan teknologi maklumat,IKS dapat mengakses maklumat dari
semasa ke semasa berkaitan dengan perniagaan dengan lebih meluas.Maklumat dapat
diakses dan sedikit sebanyak ianya dapat membantu IKS untuk menghadapi persaingan
dengan industri-industri lain.Selain itu,IKS juga boleh memanfaatkan penggunaan
internet dalam perniagaan mereka kerana dengan menggunakan internet sebagai
medium perniagaan IKS mampu memasarkan dan meluaskan produk dan pasaran ke
serata dunia yang mana ianya dapat mengurangkan kos promosi dan pengiklanan.
Dengan penggunaan teknologi,pengusaha IKS boleh berhubung
dengan pelanggan dengan lebih dekat dan tidak perlu bersemuka.Untuk memantapkan
lagi prestasi perniagaan IKS,usahawan IKS perlu menggunakan laman sosial
seperti facebook,myspace,twitter,istagram,tagged dan banyak lagi perisisan
internet yang mana ianya dapat menarik lebih ramai pelanggan baru dan
mengekalkan yang lama.Selain daripada pengunaan medium sosial,usahawan IKS juga
perlu mahir dalam penggunaan laman web untuk tujuan pemasaran dan mempromosikan
produk dan perkhidmatan IKS.Laman web merupakan saluran terbaik bagi memasarkan
produk dan perkhidmatan dengan kos yang minimum
.Perkhidmatan laman web sangat berguna dalam pencarian
maya kerana ianya membantu perusahaan IKS yang mungkin tidak diketahui oleh
pelanggan terntang kewujudan sesuatu produk ataupun perkhidmatan.Dengan
teknologi,maklumbalas dapat diterima dengan pantas.Ruangan maklumbalas dapat
membantu usahawan IKS untuk menambah baik mutu produk dan perkhidmatan mereka.Salah
satu contoh perisian yang telah dibangunkan ialah MyIKS2u.com yang merupakan kemudahan maklumat berkenaan
aktiviti-aktiviti pembangunan IKS. MyIKS2u.com
merupakan program keusahawanan sosial yang dikendalikan oleh Pusat
Keusahawanan Kolej Komuniti Pasir Gudang,Johor (E-Tech Centre KKPG).Web ini
adalah medium perantaraan yang dapat menyediakan maklumat serta aplikasi yang
bersesuaian dengan keperluan usahawan dan industri dalam mempromosikan
perniagaan serta produk mereka secara atas talian.Projek Perkhidmatan
Pengiklanan Secara Atas Talian ini juga
membantu komuniti setempat mempromosikan produk perniagaan mereka secara
online.Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa
sokongan dari pihak luar juga dapat membantu menggalakkan pertumbuhan
IKS di kawasan luar bandar.
2.5 LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN IKS LUAR BANDAR
Terdapat
pelbagai sokongan yang diberikan samada melalui pihak kerajaan ataupun swasta
untuk membantu golongan yang terlibat dalam IKS.Sokongan dari pihak kerajaan
dilihat lebih besar dalam mempengaruhi kejayaan IKS.Kerajaan telah melaksanakan
pelbagai agenda dan program untuk
menolong pembangunan IKS.Sokongan kerajaan bagi membangunkan IKS adalah dalam
bentuk program pembangunan infrastruktur,penyediaan tapak perniagaan,modal dan
pelbagai lagi.Melalui pembangunan infrastruktur ini,ianya lebih mudah bagi
pengusaha untuk menceburi bidang perniagaan,mengalakkan semangat keusahawanan
dan membuka peluang kepada usahawan dalam perniagaan.Antara pembangunan
infratruktur yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah seperti pasar tani,pusat
pengumpulan barangan desa,Pusat Transformasi Luar Bandar,kios usahawan di
premis-premis besar dan pelbagai lagi.Sesebuah perusahaan ataupun perniagaan IKS akan maju apabila diberi peluang dan
pertolongan dalam pelbagai aspek terutamanya
dalam soal pinjaman kewangan.Pihak kerajaan telah memperuntukkan
sejumlah dana yang akan diberi kepada IKS dalam seiap bajet tahunan
negara.Untuk pengusaha yang baru menceburkan diri dalam bidang IKS ,mereka amat
memerlukan pinjaman modal untuk memulakan sesuatu perniagaan ataupun
perusahaan.Dengan adanya pinjaman ini ,IKS mampu membangunkan perusahaan mereka.Usahawan
IKS juga bergelut dengan penggunaan teknologi dalam perusahaan mereka dan
masalah yang dihadapi ialah kekurangan dana untuk membangunkan perisian
teknologi sendiri.Namun begitu jika dilihat pada masa kini banyak IKS yang
telah mampu untuk menggunakan teknologi yang canggih dalam menghasilkan produk
mereka atas bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada IKS.Prosedur
dan urusan pinjaman keawangan dipermudahkan dan dipertambahkan dalam jumlah
yang lebih banyak.Usaha ini secara tidak langsung membantu memberi impak kepada
pembangunan ekonomi negara yang mapan dan berdaya saing.Kerajaan melalui
pelbagai kementerian dan agensi telah memainkan peranan aktif dalam
membangunkan IKS menerusi pelbagai program dan aktiviti.Dalam usaha untuk
mewujudkan dan membangunkan usahawan IKS
yang berdaya saing,berpengetahuan dan produktif,maka pihak kerajaan telah
menganjurkan kursus dan latihan kepada IKS terutamanya untuk usahawan yang
mempunyai potensi dalam bidang perusahaan dan perniagaan IKS.Kursus dan latihan
yang diberikan bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan pekerja
bagi memastikan IKS memiliki kumpulan tenaga kerja yang mahir dan
berpengetahuan terutamanya di dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.Antara
agensi yang terlibat dengan pembangunan IKS untuk kursus dan latihan ini adalah
TEKUN,INFRA dan MARA. Majlis
Amanah Rakyat (MARA) telah melaksanakan
beberapa aktiviti ,antaranya ialah:
Ø
Latihan
Keusahawanan
Ø
Skim
Latihan Perintisan
Ø
Program
Promosi Pemasaran
Agensi ini banyak terlibat dalam kursus dan latihan
pembungkusan,kewangan,kepimpinan,pengurusan dan sebagainya.Walaupun mempunyai
dana yang mencukupi,perusahaan IKS tidak mungkin berjaya sekiranya tidak
mempunyai dana yang mencukupi,perusahaan IKS tidak mungkin berjaya seandainya
tidak mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam menguruskan perusahaan.Melihat
kepada segala keperluan IKS dari segi kewangan dan kemahiran,kerajaan turut
menawarkan khidmat nasihat perniagaan yang berterusan kepada IKS supaya IKS
mendapat khidmat nasihat yang berkualiti dan bernas terutamanya dalam bidang
pemasaran,pengurusan dan operasi perniagaaan.Disamping itu juga,terdapat
beberapa agensi yang menyediakan khidmat nasihat kepada IKS.Antaranya ialah
seperti SMIDEC,MARDI dan MARA.Tujuan khidmat nasihat ini adalah bertujuan untuk
memberi panduan kepada IKS berkaitan dengan cara menguruskan perniagaan dengan
lebih baik di dalam pengurusan kewangan.Dengan adanya khidmat nasihat
ini,pengusaha IKS akan lebih bermotivasi dalam menjalankan perniagaan mereka
dan secara tidak langsung ianya diharapkan mampu membantu usahawan IKS
menghasilkan idea yang lebih kretif dan inovatif dalam perniagaan mereka.
Bagi memudahkan dan membantu IKS
dalam perniagaan mereka,pihak kerajaan telah mengadakan kempen dan program yang
bermatlamat yang bertujuan mempromosikan dan memperkukuhkan keperntingan jenama
IKS di pasaran tempatan dan global.Antara aensi yang terlibat dengan kempen ini
ialah SMIDEC dan MARA.Kempen-kempen ini mampu membatu pengusaha IKS untuk
memanfaatkan penjenamaan bagi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke
peringkat yang lebih tinggi.Kempen seperti ini dapat membantu IKS dalam
membangunkan dan mempromosikan jenama keluaran mereka disamping dapat
memperluaskan dan mempamerkan produk mereka kepada orang awam melalui iklan-iklan
di akhbar,internet,radio dan pelbagai lagi.
Kementerian
ini telah merangka pelbagai strategi untuk meningkatkan pasaran usahawan luar
bandar ke peringkat lebih global, antaranya menerusi:
Ø Program
membina dan membaik pulih premis perniagaan mereka sebagai asas untuk usahawan
menghasilkan produk berkualiti tinggi.
Ø Program
Conversion untuk melahirkan usahawan dalam kalangan bekas pelajar, golongan
profesional dan pekerja bukan teknikal.
Ø Membangunkan
Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC).
Ø Perkongsian
pintar antara agensi-agensi kementerian dengan institusi pengajian tinggi awam
dan swasta, agensi awam lain dan pihak swasta bagi membantu usahawan sedia ada
meningkatkan produktiviti dan kualiti produk serta perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Ø Merancakkan
lagi rangkaian program Mentor dan Mentee antara kementerian-kementerian dan
usahawan
Ø Meneruskan
program pembiayaan dan memastikan usahawan-usahawan berpotensi dibantu dari
segi modal dan kepakaran
Ø Mewujudkan
Pusat Sehenti dengan pelbagai kemudahan dan inisiatif untuk kemudahan para
usahawan desa seperti Rural Transformation Centre (RTC) dan Mini RTC.
Selain
itu juga terdapat pelbagai program dilakukan oleh kementerian yang
bertanggungjawab bagi mengalakkan
pengusaha IKS mengkomersialkan
produk-produk mereka kepada masyarakat Malaysia.Anataranya ialah Karnival
Usahawan Desa(KUD).KUD juga sebagai satu forum himpunan mega para usahawan luar
bandar dalam memperkenalkan dan menjual produk keluaran mereka.
KUD
diadakan untuk membantu usahawan desa memasarkan produk mereka.
Antara objektif utama KUD termasuk:
Ø Membuka
ruang pasaran produk luar bandar.
Ø Business
Matching bersama pihak pasar raya besar.
Ø Strategic
Partnership kluster usahawan dengan agensi awam yang terlibat dalam penyelidikan
dan pembangunan (R&D) serta pemasaran seperti SIRIM, MARDI, SMIDEC dan
sebagainya.
Ø Jalinan
persefahaman bersama institusi kewangan.
Ø Mewujudkan
jalinan kerjasama dalam lingkungan komuniti usahawan itu sendiri
Disamping itu juga,bagi menggalakkan penyertaan komuniti
luar bandar terutamanya dalam bidang keusahawanan,Gerakan Daya Wawasan memainkan
peranan penting untuk membawa perubahan kepada masyarakat luar bandar.Dengan
adanya aktiviti dan program seperti ini,ianya mampu membentuk masyarakat yang
tidak terlalu bergantung kepada kerajaan apabila hendak membangunkan kawasan
kampung mereka.Disamping itu juga,pihak kerajaan telah melaksanakan program
ataupunm aktiviti pembangunan ekonomi seperti projek satu daerah satu
industri(SDSI).SSDI merupakan pemantapan kepada strategi 1 Kampung 1
Produk(1K1P) dan strategi Satu Kampung Satu Industri (SDSI).KKLW telah melantik
FELCRA Berhad sebagai Agensi Pelaksana program pembangunan kawasan luar
bandar.Projek ini termasukanlah pembangunan produk melalui penyelidikan dan
pembangunan (R&D),aktiviti pemasaran produk-produk di premis membeli
belah,pembinaan kios-kios dan kilang-kilang kecil dengan tujuan untuk
mengkomersilkan produk-produk luar bandar.Oleh itu,pihak kerajaan telah
membantu IKS dalam pelbagai faktor bagi memastikan IKS terus berdaya saing
dalam merancanakan wawasan 2020.
3.0
KESIMPULAN
Kesimpulannya,terdapat
banyak cabaran dan rintangan dalam membangunkan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) kepada masyarakat khususnya dan negara amnya.Akan tetapi,dengan bantuan
dan program-program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan lain-lain agensi
yang terlibat sama,maka usahawan perlulah bijak mengambil peluang yang ada di
depan mata.Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sama-sama meningkatkan kualiti
IKS kerana industri ini berperanan meningkatkan imej negara di peringkat
global.Usahawan IKS perlu berani dalam merancanakan perusahaan mereka dan
berfikiran jauh untuk mengeksport barangan mereka ke luar negara.Perlu diingat
bahawa urusan untuk mengeksport barangan ke luar negara selepas perlaksanaan
GST adalah lebih mudah kerana pihak kerajaan telah memberi pelbagai
pengecualian untuk eksport bagi menggalakkkan produk tempatan dijual ke luar
negara.Malaysia menghadapi cabaran ekonomi yang mencabar.Kadar pertumbuhan negara lebih perlahan dan persaingan global
pula semakin sengit.Apabila masyarakat sama ada di dalam atau luar negara
menggunakan barangan IKS ,maka secara tidak langsung nama dan jati diri negara
akan menonjol.Oleh itu,diharapkan semua pihak iaitu pihak kerajaan
,swasta,masyarakat dan individu perlulah menjalinkan kerjasama untuk
meningkatkan pertumbuhan industri negara.Diharapkan barangan IKS mampu untuk
bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga persada
antarabangsa.Selaras dengan Wawasan 2020 yang mengariskan beberapa perkara
dalam bidang pembangunan ekonomi,maka setiap masalah yang melibatkan
perundangan,kewangan,infrastruktur dan apa-apa sahaja yang berlaku dalam IKS
perlulah dihadapi serta diselesaikan dengan berkesan supaya pembangunan negara
kekal stabil dan berjalan lancar serta memastikan kehidupan masyarkat menjadi
lebih baik.
SALAM PERPADUAN SEMPENA HARI MALAYSIA:MOGA SESAMA KITA TIADA RASIS PERKAUMAN DAN BERSAMA-SAMA KITA MEMBENTUK SEBUAH NEGARA BANGSA MALAYSIA YANG MAJU.~AMCYS